INDIA – Seorang wanita yang pernah cuba membunuh diri, kini menjadi
manusia paling gembira di dunia selepas tumor seberat 17 kilogram yang
menyamai berat kanak-kanak berusia empat tahun, berjaya dikeluarkan dari
perutnya.
Nunwati Devi, 30, kini tidak lagi tertekan dan melalui kesakitan yang
tidak tertanggung selama sembilan bulan setelah pembedahan itu
dijalankan.
Ketika menghidap tumor itu, beratnya mencecah 60.5 kilogram, namun kini berat badannya turun 43 kilogram.
Tumor di perutnya itu sangat besar hinggakan rahim dan pundi kencing tidak kelihatan ketika imbasan dilakukan di hospital.
Ia menyebabkan doktor terpaksa membedahnya dan pada 26 Februari lalu, penderitaan Devi berakhir.
Pembedahan itu juga menyaksikan sebahagian besar pundi kencing dan
saluran pembuangan najis terpaksa dipotong. Ia kemudiannya dibentuk
semula dengan menggunakan usus.
Menurut suami Devi, Umesh, isterinya itu tidak sabar-sabar lagi untuk
menjalani pembedahan berkenaan meskipun ia mengancam nyawanya.
“Dia hanya mahu buang ketumbuhan berkenaan. Baginya lebih baik dia
mati di meja pembedahan asalkan ketumbuhan itu berjaya dibuang kerana ia
merupakan racun dalam badannya,’’ kata Umesh.
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Tumor Seberat Budak 4 Tahun Dibuang Dari Dalam Perut"