Terdapat pelbagai peristiwa mengejutkan yang terjadi dalam sejarah.
Sebagai contoh, pada 22 November 1963, presiden Amerika Syarikat (AS)
yang masih muda iaitu John F. Kennedy (JFK) sedang menaiki kereta di
Dealey Plaza, Dallas, Texas. Hari itu seperti hari indah yang lain dan
harapan orang ramai menggunung tinggi. Hanya sesaat, peluru menembusi
kepala JFK dan isterinya, Jackie merangkak atas kereta untuk mengaut
cebisan otak suaminya dalam keadaan terpempan.
JFK telah ditembak mati. Set gambar kali ini merakamkan detik-detik
vital selepas berlakunya pembunuhan terkenal yang tidak dijangka dalam
sejarah.
1. Martin Luther King: ditembak mati pada 4 April 1968 oleh James Earl
Ray. Dia merupakan seorang aktivis, penceramah dan pemimpin terkenal
untuk hak asasi rakyat Afrika Amerika dan pemenang anugerah Nobel untuk
keamanan yang dikenali kerana pendekatan memperjuangkan hak asasi
melalui kepatuhan undang-undang. Dia dibunuh di Motel Lorraine di
Memphis, Tennessee pada usia 39 tahun.
2. Presiden AS, John F. Kennedy: ditembak mati pada 22 November 1963
oleh Lee Harvey Oswald. JFK merupakan presiden AS yang ke 35, terbunuh
pada 12.30 tengahari di Dealey Plaza, Dallas, Texas. Pembunuhnya telah
dibunuh pula oleh orang lain sebelum perbicaraan. Terdapat pelbagai
teori konspirasi muncul selepas itu yang ini ialah tindakan bagi
menyembunyikan sesuatu.
3. Lee Harvey Oswald: dibunuh pada 24 November 1963 oleh Jack Ruby.
Menurut lima siasatan rasmi, Oswald ialah penembak jarak jauh yang telah
membunuh JFK dua hari sebelumnya.
4. Malcolm X: dibunuh pada 21 Februari 1965 oleh Norman Butler, Thomas
Johnson dan Talmadge Hayer. Malcolm ialah seorang Muslim bangsa
Afrika-Amerika yang seorang aktivis hak asasi manusia. Kepada
pengikutnya, dia ialah seorang calon yang berani dalam memperjuangkan
hak kulit hitam, seorang individu yang mengecam jenayah yang dilakukan
oleh kulit putih kepada kulit hitam. Namun, ada yang menganggap Malcolm
menggalakkan rasisme dan keganasan. Dia dianggap antara tokoh
Afrika-Amerika paling berpengaruh dalam sejarah.
5. Robert F. Kennedy: dibunuh pada 5 Jun 1968 oleh Sirhan Sirhan. Dia
ialah abang kepada JFK dan dibunuh selepas tengah malam di Los Angeles,
California sewaktu berkempen untuk pilihanraya Presiden AS bagi tahun
1968.
6. George Lincoln Rockwell: dibunuh pada 25 Ogos 1967 oleh John Patler.
Rockwell ialah pengasas Parti Nazi Amerika dan merupakan seorang tokoh
pergerakan Neo-Nazi di AS. Tulisan dan pegangannya masih berpengaruh
kepada nasionalis kulit putih dan Neo Nazi.
7. Anwar Sadat: dibunuh pada 6 Oktober 1981 oleh Khalid Islambouli.
Pembunuhan Anwar Sadat, Presiden Mesir itu berlaku semasa perarakan
tahunan untuk memperingati kejayaan tentera mesir menyeberangi Terusan
Suez.
8. Inejiro Anasuma: dibunuh pada 12 Oktober 1960 oleh Otoya Yamaguchi.
Anasuma ialah seorang ahli politik Jepun dan pemimpin Parti Sosialis
Jepun. Merupakan seorang pemidato yang hebat, namun merupakan seorang
penyokong Parti Komunis China dan sosialisme. Yamaguchi yang hanya
berusia 17 tahun, telah membunuh diri dalam penjara selepas seminggu
membunuh Anasuma. Dia sempat mengikrarkan taat setia pada Maharaja Jepun
melalui tulisan pada dinding penjara.
9. Park Chung-hee: Park ialah Presiden Korea Selatan, dibunuh pada 25
Oktober 1979 oleh Kim Jae-kyu sewaktu makan malam di bangunan Agensi
Risikan Pusat Korea (KCIA) dalam Blue House (kediaman rasmi presiden
Korea) di Gungjeong-dong, Seoul. Kim Jae-kyu pula ialah Pengarah KCIA
dan ketua pengawal Park. Park ditembak di dada dan kepala, dan mati
hampir serta merta. Empat pengawal peribadi presiden dan pemandu
keretanya turut dibunuh.
10. Nicolae Ceausescu dan isteri: ditembak mati oleh pasukan tentera
pada 25 Disember 1989 selepas digulingkan. Ceausescu ialah ahli politik
Komunis Romania dan merupakan ketua setiausaha parti dari tahun 1965
hingga 1989, dan merupakan pemimpin komunis terakhir Romania.
0 Komentar untuk "10 Kisah Pembunuhan Paling Terkenal Dalam Sejarah "