Tersentuh! Datuk ini bertahun-tahun kumpulkan wang untuk belikan cincin berlian bagi sang isteri!


Indahnya cinta tak hanya dirasakan oleh lelaki dan wanita muda. Beberapa pasangan lanjut usia pun masih merasakan indahnya jatuh cinta. Seperti dua pasangan datuk-nenek asal China ini yang tetap romantis meski telah berusia 80 tahun.

Seperti dilansir dari dailymail, pasangan datuk-nenek lanjut usia itu mendatangi sebuah kedai perhiasaan dengan pakaian usang. Sang datuk kemudian meminta salah satu pegawai kedai mencarikan cincin berlian dengan harga lebih murah.

Pegawai yang diketahui bernama Zhou Lanlan itu lalu memberikan satu cincin berlian dengan harga diskaun. Kemudian sang datuk meminta isterinya cuba cincin berlian itu. Saiznya pun sesuai dan sang datuk membayarnya.
Salah satu hal yang membuat terharu adalah wang lelaki lanjut usia ini berupa gulungan wang yang merupakan simpanan beliau selama ini. Sang datuk mengatakan ingin membuat isterinya bahagia kerana selama ini sudah setia menemaninya menjalani kehidupan yang sukar.

Foto-foto pasangan warga tua itu kini popular di internet dan masih menjadi perbincangan hangat. "Ini benar-benar cinta sejati," ujar seorang responden memberikan komen beliau. Manakala responden lain berharap pasangan datuk-nenek tersebut boleh hidup lebih baik lagi di kehidupan yang akan datang.





0 Komentar untuk "Tersentuh! Datuk ini bertahun-tahun kumpulkan wang untuk belikan cincin berlian bagi sang isteri!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info