Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Christine Quinn menjadikan neneknya yang berusia 89 tahun sebagai pengapit di hari bahagianya. Nenek tersebut bernama Nana Betty tidak menjangka akan hal ini.
Selepas Quinn melamar neneknya sebagai pengapit, beberapa bulan kemudian majlis perkahwinan Christine Quinn berlansung , siapa sangka Nana Betty mampu menjadikan majlis perkahwinan tersebut meriah.
“Dia berada disepanjang masa majlis perkahwinan. Ramai yang terhibur dengan kata-katanya. Kata-kata yang penuh dengan hikmah dan komen-komen yang lucu sepanjang hari”, ujar Quinn kepada Huffpost.
Paling meriah, apabila Nana Betty turut menari-nari bersama nenek kepada suami Quinn iaitu Bellsie. Mengenang peristiwa sewaktu Christine meminta neneknya menjadi pengiring, Nana Betty bertanya lebih dari 10 kali, “Kamu pasti? Mengapa kamu mahukan orang tua dimajlis perkahwinan (menjadi pengiring pengantin) kamu?”.
“Nenek seorang yang kelakar dan semua orang menyukainya”, ujar Quinn. Nana juga turut memberitahu Christine, “Saya berasa muda pada hari ini. Semua orang akan mengalami peningkatan usia, tapi tidak semestinya kita perlu berasa tua”.
Buat anda yang masih belum berkahwin dan merancang untuk majlis hari bahagia nanti, sudah dapat idea baru untuk pengiring pengantin nanti?
0 Komentar untuk "Pengantin Perempuan Jadikan Nenek Yang Berusia 89 Tahun Sebagai Pengapit"