MIANZHU, China – Seorang sami Shaolin melakukan aksi
ngeri menggerudi kepala sendiri selama 10 saat dengan mesin gerudi
elektrik bagi menunjukkan kejayaannya berlatih ilmu mempertahankan diri.
Zhao Rui, 24, turut membengkokkan sebatang besi menggunakan tengkuk
selain berbaring di atas pacak besi sambil memecahkan batu menggunakan
kepalanya ketika beraksi di rumahnya di sini baru-baru ini.
Menurut laman web People’s Daily Online, kulit kepala Rui cuma
sedikit kemerahan di tempat gerudi itu dikenakan. Rui bagaimanapun
mengakui pernah luka ketika berlatih dengan mesin gerudi itu sehingga
menyebabkan sebahagian kulit kepalanya terkoyak. “Memang agak
menyakitkan ketika itu tetapi saya sudah pulih dan belajar daripada
pengalaman. Sekarang saya boleh menggerudi kepala tanpa sebarang
masalah.
“Saya mahu mempunyai badan yang sangat kuat.
Percaya atau tidak, saya
agak gugup semasa kecil tetapi saya kini mampu memecahkan batu
menggunakan kepala. Kekuatan ini memberikan keyakinan diri yang tinggi
kepada saya,” katanya. Pakar kungfu itu mula mempelajari ilmu
mempertahankan diri sejak kecil dan menjelang usia 16 tahun, Rui
meninggalkan rumahnya untuk menyertai Kuil Shaolin.
Selepas dua tahun,
dia meninggalkan kuil tersebut untuk menyambung latihan bersama
pakar-pakar kungfu lain.
0 Komentar untuk "Aksi Ngeri Dari Seorang Sami Shaolin Di China"