Sebuah pesawat syarikat penerbangan rendah milik Germanwings, anak
syarikat Lufthansa, dilaporkan terhempas di pergunungan Alps Perancis.
Pesawat Airbus A320 Germanwings yang membawa 150 orang penumpang
termasuk anak kapal terhempas di pergunungan itu setelah terputus
hubungan dengan pusat kawalan udara Perancis pada jam 10.30 pagi semalam
pada ketinggian 6,000 kaki (1,828 meter).
Pesawat itu dalam perjalan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.
Menurut Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata, sebuah
helikopter telah mendarat di lokasi nahas dan hanya menemui serpihan
bangkai pesawat dan mendapati tiada penumpang yang terselamat.
Lapor akhbar Echos, pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar adalah sebesar sebuah kereta.
Pihak polis Perancis juga turut mengesahkan tiada penumpang yang
terselamat dalam tragedi itu dan menjangkakan usaha menyelamatkan mangsa
dan mengeluarkan bangkai pesawat akan mengambil masa yang lama
berikutan keadaan cerun gunung yang agak curam.
Bagaimanapun, punca nahas masih belum dikenal pasti.
Menurut pihak berkuasa penerbangan Perancis, juruterbang pada ketika
kejadian tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus
sekali gus menimbulkan persoalan misteri mengapa pesawat itu tiba-tiba
hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.
Pesawat Germanwings itu membawa 144 penumpang termasuk dua bayi, enam
krew. 67 penumpang adalah warga Jerman termasuk 16 pelajar sekolah
tinggi.
0 Komentar untuk "Gambar Pesawat Germanwings Yang Terhempas Di Pergunungan Alps"