Lelaki Ini Tidur Bersama Mayat Isterinya Selama 11 Tahun



Setiap orang punya cara sendiri-sendiri dalam mengenang orang yang dicintainya. Namun yang dilakukan Le Van dari Wilayah Quang Nam, Vietnam sungguh aneh dan cukup dahsyat.

Diberitakan Singaporeseen.com, Rabu 4 Mac 2015, Le Van percaya bahawa isterinya yang meninggal pada 2003 silam masih bersamanya dan dia mengartikannya secara harfiah.

Dia menggali kubur isterinya dan membawa pulang mayatnya ke rumah. Selepas itu, mayat isterinya diberi pakaian hingga menyerupai boneka bersaiz manusia. Yang lebih membuat orang ngeri adalah Le Van selalu tidur di samping mayat isterinya itu selama 11 tahun.

Kisah ini bermula dari kerinduan dan kesedihan yang berubah menjadi disukainya. Selama 20 bulan selepas kematian isterinya, Le Van memutuskan tidur di atas pusara isterinya.


Kerana sering ditimpa hujan, Le Van kemudian menggali terowong bawah tanah yang menghubungkan rumahnya dengan kubur isterinya. Sehingga dia masih boleh tidur di samping isterinya setiap malam tanpa kehujanan.

Ternyata 'bulan madu' di bawah terowong dirasa tidak selesa oleh Le Van. Mungkin kerana dia perlu 'berkongsi' tempat dengan mayat-mayat lain yang ada di samping kubur isterinya.

Maka pada 2004, Le Van nekad. Dia menggali kubur isterinya dan membawa mayatnya ke bilik mereka sewaktu 'masih bersama'.

Tubuh isterinya yang dibungkus kertas yang mempunyai warna senada dengan daging.

Tengkorak ditutup dengan tanah liat, dicat dan dilukis menyerupai wajah isterinya tercinta.

Sampai sekarang, tidak ada seorang pun yang berkata kepada Le Van untuk berhenti melakukan hal itu.
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Tidur Bersama Mayat Isterinya Selama 11 Tahun"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info