Pemuda Meninggal Setelah Selesai Melayari Internet Selama 19 Jam


Seorang pengunjung warung internet (kafe) di daerah Songjiang, Shanghai, China tewas pada Jumat pagi semalam selepas bermain internet 19 jam nonstop.

Dari rakaman CCTV dan keterangan saksi, lelaki berusia sekitar 24 tahun itu pada mulanya kelihatan asyik bermain internet. Namun tiba-tiba dia muntah darah sekitar pukul 4 pagi pada 27 Februari lalu.

Menurut laporan People 's Daily dikutip Shanghaiist.com, Rabu 4 Mac 2015, orang-orang di sekitarnya langsung merebahkan dia di kerusi dan beberapa minit kemudian, lelaki itu koma.

Dalam keterangannya, polis Songjiang mengatakan lelaki itu memuntahkan darah masa bermain internet di sebuah kafe siber di bandar Xiaokunshan dan kemudian koma.

"Dia meninggal tak lama selepas mengalami koma pada 27 Februari lalu," kata polis.

Menurut keterangan doktor, lelaki malang yang identitinya tidak diungkap itu menderita batuk kering dan dalam laporannya polis memasukkan peristiwa sebagai kes bunuh diri.

0 Komentar untuk "Pemuda Meninggal Setelah Selesai Melayari Internet Selama 19 Jam"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info