Orang Mesir melakukan proses pemumian mayat sejak zaman kuno lagi .
Namun sebuah lokasi di Colombia boleh memumiakan jenazah secara semula
jadi .
Kubur San Bernardo di bandar kecil di Colombia yang mempunyai keunikan
tersebut . Mayat yang dikebumikan di sana menjadi mumia dengan
sendirinya dalam keadaan masih di dalam keranda . Keanehan ini ditemui
pada 15 tahun lalu oleh penggali kubur bernama Eduardo Cifuentes .
Eduardo mendakwa bahawa tubuh mumia telah ada sejak sekitar 1957 . Mumia
itu mempunyai bentuk kulit kerepot dan pucat .Pun begitu dengan
pakaiannya yang berubah warna jadi kecokelatan kerana berlalunya waktu .
Lokasi lain yang boleh memumiakan secara semulajadi adalah di Guanajuato
, bandar Mexico , Amerika Latin . Kandungan gas di bawah tanah dan
keadaan tanahnya menjadi rahsia proses pemumian natural ini . Tapi hal
ini diyakini tidak berlaku di tanah perkuburan San Bernardo .
Sebab utama adalah keadaan di San Bernardo yang jauh berbeza dengan di
Guanajuato . Pasalnya , jenazah disemayamkan di atas tanah ( seperti
adat di Colombia ) , bukan dikubur di dalam tanah seperti di Guanajuato .
Hal itu menunjukkan pemumian tidak berkaitan proses di dalam tanah .
Namun menurut warga tempatan proses pemumian itu kerana kandungan air ,
suhu tanah dan sekurang-kurangnya bahan kimia dalam makanan mereka .
Beberapa orang berfikir faktor dua buah yang tidak biasa dalam makanan
tempatan mereka iaitu guatila dan balu . Sedangkan lain
menganggap pemindahan makam pada 1957 kerana di kuburan lama tidak pernah dijumpai mumia .
Kini mumia – mumia tersebut menjadi daya tarik pelancong yang berkunjung
ke Colombia . Datuk Bandar pun telah memerintahkan pembuatan muzium
khas di belakang kubur yang mempertontonkan 8 mumia di dalam kotak kaca .
Meski mendatangkan pemasukan daerah namun tidak semua warga bersetuju
projek pengkomersilan mumia ini
0 Komentar untuk "Misteri Mayat Berubah Jadi Mumia Dengan Sendiri di Colombia "