INDONESIA: KH Abdullah Gymnastiar
baru-baru ini telah menikahkan anak perempuan ketiganya, Ghaitsa Zahira,
dengan seorang pemuda bernama Maulana Yusuf.
Untuk pengetahuan pembaca, Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali Aa
Gym adalah seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku dan penerbit,
pengusaha dan pengasa Pondok Pesantren Darut Tauhid di Jalan Gegerkalong
Girang, Bandung.
Apa yang istimewanya dengan majlis perkahwinan anak perempuan Aa Gym
ialah mas kawin yang diletakkan oleh beliau terhadap pemuda yang bakal
menjadi menantunya tersebut iaitu membaca hafalan ayat al-quran 30
juzuk.
Untuk memiliki gadis impiannya sah menjadi isterinya Maulana Yusuf telah
membaca kesemua hafalan 30 juzuk Al-Quran tersebut di hadapan Aa Gym
seharian.
"Alhamdulillah doa dari sahabat semua, Aa sangat bersyukur Ghaitsa
Zahira sofa telah diijab kabulkan dengan Maulana Yusuf yang sama sama
penghafal quran dan semoga terus menjadi pengamal Alquran."
"Semoga Allah memberikan keberkatan kepada keduanya aamiiin Terima kasih
kasih banyak bagi yang hadir dan yang berniat hadir serta yg mendukung
dengan semua kebaikan jazaakalloh Khoiron katsiro," ucapnya tanda
syukur.
Semasa Maulana mengalunkan hafalan ayat suci Al-Quran, banyak yang
menangis terharu. Mereka mendoakan pasangan yang sama-sama hafiz dan
hafizah Alquran ini bahagia dunia dan akhirat.
Maulana sendiri pula menegaskan bahawa tidak menjadikan hafalan AL-Quran
tersebut sebagai mas kahwin kerana dia membaca hafalan Al-Quran itu
selama 24 jam sebelum akad nikah.
"Memang ada bacaan Alquran 30 juzuk tetapi mas kawin saya sama dengan
yang lain. Mahar saya emas 10 gram dan wang satu dirham," kata Maulana. -
Siakapkeli.com.my
Dihantar oleh: Jiggag Kunds
Sumber asal: merdeka.com
0 Komentar untuk "Pasangan Diijab Kabul Dengan Mas Kahwin 30 Juzuk Hafalan Ayat Al-Quran"