Lelaki Maut Selepas Bakar Mercun Yang Diletakkan Di Atas Kepalanya Sendiri

 Devon Staples
CALAIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki maut selepas membakar sebuah mercun yang diletakkan di atas kepalanya sendiri, semalam.

Menurut laporan AP, Devon Staples dan kawan-kawannya baru lepas menikmati alkohol sebelum melakukan aksi berkenaan.

Staples dikatakan meletakkan bunga api di atas kepala dan mahu menyalakannya, namun kawan-kawannya menyuruh dia berhenti melakukan aksi tersebut.

Jurucakap Keselamatan Awam, Stephen McCausland memberitahu, staples maut serta-merta selepas membakar bunga api tersebut.

Abang mangsa, Cody menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu kemalangan.

"Staples bukan jenis lelaki yang melakukan perkara bodoh. Dia jenis lelaki yang berpura-pura melakukan perkara bodoh untuk menghiburkan orang lain," katanya kepada wartawan.

Kematian Staples merupakan yang pertama disebabkan bunga api selepas undang-undang negeri membenarkan penggunaan bungapi pada 1 Januari, 2012.
0 Komentar untuk "Lelaki Maut Selepas Bakar Mercun Yang Diletakkan Di Atas Kepalanya Sendiri"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info