DI sebalik kelembutan, Hanisah Mohmad
Shahril (kiri) dan Nana Al-Haleq memilih sukan angkat berat sebagai
kerjaya. – Foto Osman Adnan (BH)
Di sebalik kelembutan dan rupa paras dua wanita ini siapa menyangka
mereka menyimpan rahsia tersendiri. Mana tidaknya mereka amat
menitikberatkan soal kesihatan dan gaya hidup sihat, disamping memilih
sukan angkat berat dan bina badan sebagai kerjaya utama kehidupan
mereka.
Gadis cantik manis ini mesra dipanggil Nana pada mulanya merasakan susuk
badannya yang agak kecil dan kurus atas nasihat seorang rakan dia
memulakan misinya untuk memiliki badan idaman dengan melakukan aktiviti
bina badan.
NANA Al-Haleq menceburi sukan bina badan pada mulanya hanya untuk
memperbaiki fizikalnya yang terlalu kurus sebelum ini. – Foto Osman
Adnan (BH)
Setelah lama bergelumang dalam bidang ini, Nana menyedari bahawa
segelintir wanita di negara ini kurang akan kesedaran mengenai penjagaan
kesihatan lebih-lebih lagi dalam bidang kecergasan di Gymnasium.
“Dulu berat badan saya hanya 44K, ditambah dengan ketinggian 165
sentimeter, badan menjadi terlalu kurus. Walaupun berbadan kecil dan
kurus, saya masih tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh sendiri.
Ujarnya lagi, Nana mendapati ikon wanita terutama dalam bidang
kecergasan dan bina badan yang boleh membantu kaum wanita di negara
adalah sangat kurang.
Tambah Nana, dengan ilmu sepanjang pembabitannya dalam aktiviti bina
badan ini, dia nekad untuk membantu dan mengubah persepsi kaum wanita
terhadap sukan berkenaan.
NANA Al-Haleq bergiat aktif bagi memberi kesedaran dalam penjagaan kesihatan kepada wanita. – Foto Osman Adnan(BH)
“Kebanyakan pemahaman masyarakat, kalau kurus tak perlu bersenam atau
diet, tetapi sebebarnya walaupun individu itu mempunyai susuk tubuh yang
kecil, mereka masih mempunyai peratusan lemak tinggui dalam badan.
“Malah persepsi bahawa sukan bina badan menjadikan wanita berbadan besar
adalah tidak betul, ini kerana adalah sangat susah untuk wanita membina
otot kerana kita tidak mempunyai hormon testostern yang tinggi seperti
lelaki.
Nana menambah lagi, jika wanita membuat latihan seberat mana sekalipun,
ciri kewanitaan yang ada pada mereka takkan berubah kecuali dengan
mengambil vitamin serta makanan tambahan.
Wanita kedua yang sempat ditemuramah oleh wartawan adalah seorang yang
mempunyai kelulusan Ijazah Perniagaan dan Perdagangan dari Universiti
Monash, Hanisah Mohmad Sharil.
SUKAN bina badan memberi hasil yang memuaskan bagi Nana Al-Haleq.
Jurulatih kecergasan ini berpendapat, sukan bina badan mengajar erti
kesabaran serta menerapkan disiplin yang tinggi dalam diri. Tambahan
lagi, sukan ini bukan sekadar menjadikan tubuhnya lebih menarik tetapi
membina keyakinan diri dan kekuatan.
“Saya suka sukan bina badan ini sebab bila sudah nampak hasil, kita nak berusaha labih lagi.
“Bagaimanapun, untuk menampakkan hasil yang diinginkan, kita perlua
menjadikan sukan ini sebagai gaya hidup dan bukan hanya meletakkan
sasaran untuk memiliki tubuh badan menawan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hanisah menanam impian agar satu hari nanti beliau dapat
memasuki pertandingan sukan bina badan di peringkat antarabangsa bagi
mendapat lebih banyak pendedahan serta pengalaman dalam bidang
berkenaan. -harianblogger.com
0 Komentar untuk "Wow..Wanita Ini Jadi Sado Untuk Kekal Comel "