Fakta-fakta Unik Mengenai Punggung Wanita Yang Harus Diketahui



Kaum wanita tak ada salahnya untuk mengetahui bahagian tubuh sendiri, termasuk punggung. Berikut fakta-fakta menarik mengenai punggung wanita:

1. Otot punggung adalah otot terbesar di tubuh
Punggung adalah tumpuan tubuh bahagian atas. Jadi, tak heran, jika punggung sebenarnya mempunyai masa otot yang lebih besar dan kuat berbanding bahagian tubuh lain. Semakin kuat otot punggung, bermakna makin tinggi pula anda boleh melompat.

2. Punggung wanita pasti selalu lebih besar berbanding lelaki
Jika lemak pada lelaki umumnya terkumpul di bahagian perut, maka pada wanita lemak akan terkumpul di bahagian punggung dan pinggul. Hal ini disebabkan oleh estrogen, hormon khusus pada wanita. Inilah jawapan mengapa sukar menghilangkan selulit di punggung.


3. Punggung wanita mempunyai risiko tinggi terkena kanser kulit
Punggung ternyata mempunyai risiko tinggi kanser kulit. meski tak terpapar sinar matahari secara langsung. Angela J.Lamb, MD, seorang pembantu profesor dari Dermatology of the Icahn School of Medicine di Gunung Sinai, berkata, kanser kulit boleh muncul pada bahagian tak terduga, seperti jari, ibu jari kaki, ketiak, alat kelamin, dan bahkan punggung. Oleh kerana itu, para wanita sangat disaranakan untuk memeriksa secara rutin bahagian belakang tubuh anda ini.

4. Punggung sensitif dengan tissue basah
Menurut Dr. Michele S. Green banyak orang yang mempunyai alergi dari bahan kimia yang ada di tisu basah. Jadi ada baiknya tetap bergantung kepada air dan sabun untuk membersihkan punggung.


5. Semakin besar punggung wanita, maka semakin bijak
Kajian dari University of Oxford menunjukkan bahawa punggung besar mempunyai korelasi dengan kecerdasan. Pasalnya punggung besar berarti mempunyai persediaan lemak omega 3 yang lebih banyak, yang mana berguna untuk perkembangan otak.

6. Wanita berpunggung besar cenderung jarang sakit
Kajian yang sama dari Univerity of Oxford juga mengatakan bahawa wanita yang berpunggung besar cenderung terhindar dari penyakit diabetes dan jantung. Pasalnya, lemak di bahagian tubuh bawah ternyata mempunyai fungsi yang baik.

(Cosmopolitan UK)
0 Komentar untuk "Fakta-fakta Unik Mengenai Punggung Wanita Yang Harus Diketahui"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info