Lelaki Australia Ini Hamil Dan Melahirkan


Seorang lelaki asal Melbourne, Australia bernama AJ Kearns, mengatakan bahawa dirinya hanya seorang ayah biasa dengan yang tinggal di pinggir bandar dengan dua anak kecil.

AJ adalah seorang transjender yang memilih untuk hamil dan mempunyai bayi. Setelah hidup selama 3 tahun sebagai seorang lelaki, AJ menangguhkan peralihan fizikalnya untuk mengambil langkah yang sangat tak biasa iaitu hamil.


AJ Kearns
AJ Kearns, berkumis, bercambang dan brewokan
Sebelumnya, AJ dan bekas pasangannya, Zu White, telah mempunyai satu anak. Namun, kerana komplikasi pada kelahiran pertama, dia memutuskan untuk menjadi pihak yang mengandung anak kedua mereka.

Bidan Aaren Stillwell, bidan yang memantau AJ selama kehamilan dan persalinannya mengatakan "Ini adalah pertama kalinya saya pernah bekerja dengan seorang transjender. Jadi, pada awalnya, sungguh mencabar untuk perlu menggunakan kata ganti yang benar kerana anda selalu mengatakan dia (she / perempuan) dan dia (he / lelaki) serta wanita hamil. Jadi, saya tak pernah mengatakan dia (lelaki) atau orang hamil, "tutur sang bidan.

Di samping melahirkan, AJ selalu menganggap dirinya sebagai bapak dua anak.

Zu berkata, AJ adalah "apa yang saya minta" dari seorang ayah. "Ia komited, ia mengabdi, sangat mudah untuk bekerja sama dengannya," tutur perempuan ini.


AJ Kearns
Pasangan AJ Kearns dan Zu White bersama kedua anak mereka
Pasangan itu berkata, mereka telah bersikap jujur kepada anak-anak mereka tentang bagaimana mereka dikandung.

Pada tahun 2010, AJ mula menemui Dr. Fintan Harte, seorang psikiater, untuk berunding dan meminta persetujuan suntik hormon testosteron dan operasi penghilangan payudara. Dr. Harte mengatakan bahawa dengan pengawasan dan pengarahan maksimum, anak-anak AJ akan dapat menerima siapakah "ayah" dan "ibu" mereka.

Enam bulan selepas melahirkan, AJ memulakan peralihan fizikal, mengambil hormon testosteron dan kemudian menjalani pembedahan payudara.

AJ Kearns Inverto
Salah satu foto AJ Kearns yang dipamerkan dalam pameran foto "Inverto". Sebelum hamil (kanan) dan ketika hamil (kiri)
AJ, yang memiliki gelar magister seni rupa, mendokumentasikan kehamilan dan transisi fisik yang dialaminya setiap bulan selama dua tahun dengan fotografer Alison Bennett.

AJ Kearns
AJ Kearns berpose bersama foto-fotonya yang dipamerkan
Hasilnya kini dipamerkan dalam ekshibisi berjudul Inverto yang juga dipamerkan di luar Australia.
(ABC)
0 Komentar untuk "Lelaki Australia Ini Hamil Dan Melahirkan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 kopipasss - All Rights Reserved
Template By Catatan Info