HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih..
Itulah peribahasa yang sangat sinonim dan sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki yang berusia 69 tahun ini.
Apa yang menakjubkan, usaha warga emas di China ini sememangnya patut
dijadikan contoh kerana dia rela bekerja sebagai tukang sapu sampah di
Chengdu walaupun kudung di sebelah kaki kirinya.
Demi mencari rezeki serta menampung perbelanjaan tuisyen cucunya,
Deng Xianguo sanggup bekerja seawal pagi untuk menyapu, membersih serta
mengutip sampah-sampah di sepanjang jalan di situ.
“Saya sangat suka dengan kerja ini kerana saya boleh memperoleh wang
dan membiayai kos perbelanjaan tuisyen cucu saya,” katanya kepada
sumber.
Xianguo hilang kaki kirinya sewaktu berusia 19 tahun selepas terlibat
dalam satu kemalangan jalan raya dan menurut sumber dia sudah
berkhidmat sejak 7 tahun lalu sebagai tukang sapu.
Walaupun dia gigih bekerja namun media tempatan melaporkan ada
segelintir netizen datang bertemu dengannya sendiri untuk memberi
makanan serta sedekah kepadanya.
Memang patut contohi usaha dan semangat lelaki ini, dia tidak
menjadikan kakinya yang kudung sebagai alasan untuk tidak bekerja dan
berjaya dengan hasil titik peluh sendiri. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Gambar Tukang Sapu Kudung Sebelah Kaki Jadi Perhatian"