Sharjah 
(Emiriah Arab Bersatu): Satu hidangan burger mencipta rekod sebagai 
burger paling mahal di dunia apabila dijual pada harga mencecah AS$7,000
 (RM25,976) dalam satu acara lelongan amal di sini, kelmarin.

Acara 
lelongan amal yang berlangsung di pusat beli-belah Dubai Mall di sini, 
itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk sebuah pertubuhan mencegah 
kanser payudara, Pink Caravan.
Burger 
istimewa itu disediakan Pengerusi Jabatan Statistik dan Pembangunan 
Komuniti Sharjah, Sheikh Mohammed Bin Abdullah Al Thani juga duta Pink 
Caravan.
Hidangan 
burger paling mahal sebelum ini djual pada harga AS$5,000 (RM18,554) 
dalam satu acara lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Beberapa 
lagi duta pertubuhan itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk 
menyediakan hidangan burger mereka sebelum melelongkan kepada pembida.
Bagaimanapun, identiti pembida yang membeli hidangan burger paling mahal di dunia itu tidak didedahkan.
Jawatankuasa penganjur Pink Caravan mengumumkan bahawa aktiviti amal itu berjaya mengutip dana AS$19,650 (RM72,921).
Pengasas 
Pertubuhan Rakan Pesakit Kanser, Ameera Bin Karam berkata, beliau sangat
 bangga dengan sokongan yang diberikan penderma dan duta Pink Caravan 
pada program berkenaan.
“Tanpa sokongan mereka ini (penderma dan duta) Pink Caravan tidak dapat mencapai misi mereka,” katanya.
Menurutnya, 
Pink Caravan menyediakan beberapa pusat perubatan bergerak untuk 
menjalankan pemeriksaan terhadap wanita bagi mengesan tanda awal kanser 
payudara. - Agensi
0 Komentar untuk "Inilah Burger Paling Mahal Didunia Bernilai RM25,976"